Thursday, June 10, 2010

RM27,545.80 sehari untuk istana PM dan TPM



KUALA LUMPUR, 17 Dis: Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.



Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.



Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.


Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini.


"Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga," tulis Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam blognya.

Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71.

Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita!


Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita.


Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan.


"Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan.


Dalam pada itu, tulisnya, rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya.


"Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita," tulis beliau.



cikgu aisal said...




Teringat kisah Syaidina Umar r.a, semasa menjadi Khalifah sentiasa menjelajah kota menyamar sebagai sebagai rakyat biasa mencari rakyatnya yg hidup daif dan perlu bantuan walaupun di malam hari yg gelap dan agak lewat.

Menghukum anaknya sendiri dengan hukum HUDUP kerana berzina walaupun beliau Khalifah /PM di masa tu...

Mempunyai kehidupan yg amat bersederhana dan berhutang ketika membeli baju perang kerana tidak mempunyai wang yg cukup..walaupun di Baitul Mal di bawah pentadbirannya penuh dgn wang negara.

Rasullulah S.A.W sendiri tidur berlapikan pelepah tamar kerana tidak cukup wang untuk tidur di bantal yg empuk...semuanya kerana mendahului rakyatnya daripada hidup melarat...

Kerajaan hari ini.....rakyat yg miskin bertaburan di Malaysia seolah-olah sebanding hebatnya taburan hujan di negara kita. Ada yg mula berani untuk keudara dgn "BERSAMAMU" menagih simpati dan tidak kurang pula yg memohon simpati melalui akhbar dan wahana media yg lain...

.......kerana apa ia terjadi ...tidak len tdk bukan kerana JUJUR dan AMANAHnya pemimpin sehingga wang PPRT berjumlah 43 juta ringgit hilang dan lesap kerana disalahgunakan untuk kempen pilihanraya.........

Satu lagi tauladan yg baik daripada PM dan TPM serta pimpinan UMNO untuk kita rakyat marhaen di negara kita...





LensaPR said...



Berkatalah Saidina Ali r.a: kemiskinan wujud kerana ketidakadilan dan pembaziran. Stop. Tak perlu teori ekonomi canggih2.

http://sokongpr.blogspot.com/


cikgu aisal said...



President IRAN...Almadinejad semasa mula2 menjawat jawatan president mengarahkan karpet tebal di pejabat nya dibuang...tidak ingin bermewah2.

2. Menghapus sebarang protokol bagi memudahkan rakyatnya berjumpa denganya pada bila2 masa walaupun di lwat malan..

3. Tidak tinggal di Istana Presiden dan tinggal di rumah sendiri yg kecil iaitu rumah semasa beliau menjadi datuk bndar dulu.

4. Mengguna pakai kereta lama semasa dibeli di zaman datuk bandar dahulu.

5. Bila sahaja terdengar azan atau maksuknya waktu solat beliau lantas menunaikan solat walaupun di pinggir jalan raya..

" Bukankah apabila seseorang itu meletakan TUHAN dan AGAMA di hadapan maka sesungguhnya dia akan dilimpahkan kekuatan untuk terus berjuang walaupun telah lanjut usianya sepertimana TG D NIk Abdul Aziz...





cikgu aisal said...

Terkedu dan pastinya menggeleng kepala sekiranya diungkapkan persoalan ini pada setiap jiwa yang waras. Angka yang berkaitan pengurusan 2 Istana PM dan TPM sungguh besar sekali. 

Ini bukan persoalan dengki dengan rezeki mereka disebabkan status mereka PM dan TPM, tetapi ini adalah persoalan yg amat besar tentang pengurusan aset kewangan negara. Bagaimana di kala rakyat marhaen yg terbanyak hidup dalam serba kedaifan dengan kekangan harga minyak, gas, pengangkutan, kos sara hidup yg berlipat kali ganda lebih tinggi, pendidikan yg kebanyakannya berbayar sini dan sana, dan bermacam ragam masalah rakyat di bawah, rupa2nya kos Istana depa yg ditanggung dengan duit rakyat begitu tinggi nilainya.

Mereka lebih senang memberitahu rakyat agar berjimat cermat dalam segenap hal kehidupan walhal rakyat telah letih dan jerih dlm berjimat cermat. Rakyat hidup beratapkan atap yg bocor, rumah yg berlubang2, berlantaikan kayu yg reput semata-mata kerana mereka bergelar rakyat. 

Apakah dengan jawatan tersebut mereka bebas menggunakan wang rakyat secara bebas...
Kalau beginilah cara hidup pemimpin2 UMNO dan kerajaan di Malaysia, kenapa tidak kita boleh katakan bahawa kita akan terus gagal walaupun mewujudkan pelbagai dasar untuk membantu rakyat...

Itu baru sahaja wang rakyat yg terpaksa dibelanjakan oleh mereka berdua, bagaimana dengan Menteri2 yg lain....Bagamana dengan kehidupan mewah pemimpin yg lain hasil daripada tender dan lain2 projek yg diluluskan...


tekong darat said...

ni bkn msalah dgki..memg sgt2 mhal kos yg dikenakn..kos selenggara bngunan kerajaan yg mpunyai 630 staf dn 1500 klien dr A-Z pun hanya 1.2 juta SEBULAN.
Ini adalah kos selanggara dr dlm hngga luar premis..ptugas org yg dpt tnder utk selenggara premis plak sramai 415org dr ceo hngga tkang cuci..tp jumlah wang yg dbayar ni msh dpt membayar gaji kakitangn org yg dpt tender..siap ada bonus lg..jadi dmana wajarnya org yg selenggara bngunan utk muatkn kurang 10org pd satu masa,mengenakan yuran 20ribu lbh sehari?..ini kes 'terkena' atau pun ada 'kena mengena'?..kpd pncacai puak tu,ini bkn perkara positif..dn melayu laknat, memg jumlah yg dbayar tk dt blik kt tuan yg menginap..tp perlu diingat bhawa jumlah yg dbayar adalah dr hsil cukai dn pndapatn negara..bkn pndapatn dia.

1 comment:

  1. Negara Islam yang pertama di dunia ialah Madinah. Nabi Muhammad SAW adalah ketua Negara Madinah yang pertama. Baginda bukanlah seorang yg miskin malah keturunan bangsawan Mekah. Isteri baginda Khadijah seorang pedagang kaya di Kota Mekah.

    Saidina Umar al Khatab pernah melawati Rasulullah di biliknya. Umar nampak di bilik itu ada tiga keping kulit binatang yang sudah disamak dan sedikit beras barli. Apabila Umar melihat keadaan bilik itu, air matanya mengalir perlahan. Umar melihat bantal Rasulullah SAW diperbuat drpd kulit bunatang yang diisi dengan serat2 kulit pokok kurma. Tikar tempat beliau berbaring pula drpd daun2 kurma yg dianyam.Umar berkata "Orang2 Romawi dan Parsi tidak menyembah Tuhan, tetapi mempunyai raja2 yang hidup mewah. Mereka membina istana2 indah di tengah2 taman dengan anak2 sungai mengalir di dalamnya.Tetapi tuan, walaupun Utusan Tuhan, tuan hidup serba miskin". Rasulullah menjawab "Kalau di dunia ini mereka hidup mewah, keadaan bertukar di akhirat nanti."

    Semasa Majlis perkahwinan anak Rasulullah SAW pula dengan Saidina Ali , Fatimah hanya memakai baju pengantin yang diperbuat daripada bulu dan pada baju itu ada 12 yang ditampal dengan jahitan. Ketika berpindah ke rumah baru, mereka hanya dibekalkan oleh Rasulullah SAW batu penggiling, lesung penumbuk gandum, sehelai kulit yang sudah disamak, sebiji bantal, sebuah jag air dan sebiji pinggan. Apabila Saidina Abu Bakar nampak betapa sedikitnya barang yang dibekalkan itu, basah air matanya. "Inikah saja bekal perkahwinan Fatimah?" Katanya. "Ini pun sudah cukup banyak bagi org yg masih hidup di dunia," kata Rasulullah SAW.

    Bagaimana dengan pemimpin kita hari ini...khususnya PM Dato Najib...sangat jauh berbeza dengan yg ditunjukkan oleh Nabi kesayangan kita...Kelihatannya skrg PM kita seperti org2 Romawi tadi...lihat lah kediamannya yg menelan jutaan ringgit duit negara, majlis pertunangan anaknya pula bagaimana...semoga kita semua sedar mana yang baik dan buruk

    ReplyDelete