Monday, May 17, 2010

mat said ori



Mat Said RM……Juta?





PERCAYAKAH ANDA… sebuah rumah banglow mewah dua tingkat berwarna biru serta dihiasi langskap persekitaran yang menarik ini merupakan rumah seorang pemimpin tertinggi Umno Terengganu.

Wah!! Kaya betul pemimpin tersebut sehingga boleh buat rumah dan ‘Istana’ yang hebat-hebat. Siapa pun pasti akan mengenali pemimpin tersebut.

Awang sedia maklum bahawa pemimpin ini sebenarnya datang dari keluarga miskin dan susah. Ayahandanya seorang ‘penyadak nyior’ (pengait kelapa) yang miskin serba kekurangan tetapi mampu melahirkan seorang anak yang kaya-raya.

Pemimpin Umno tersebut diperingkat bahagian politik merupakan Ketua Umno Bahagian di hujung negeri Terengganu Darul Iman.

Jika diperingkat negeri pula jawatan politiknya agak besar iaitu sebagai orang nombor dua di negeri ‘Darul Runtuh’ ini.

Manakala, jawatan dalam kerajaan dan eklusifnya dia (pemimpin) merupakan Menteri Besar (MB) Terengganu pilihan ‘Istana’ dan bukan pilihan pemimpin bawahan atau pertengahan Umno negeri.

Istana ‘YB’ yang tersergam indah berkenaan terletaknya di Kijal, Kemaman berhadapan dengan Kolej Universiti TATI.

Sumber Awang memberitahu harga sebuah banglow mewah seperti Istana tersebut harganya mencecah jutaan ringgit. Angka tepat tidak dapat Awang dedahkan kerana tertakluk ‘Akta Rahsia Rasmi Peribadi’. Tapi Awang tidak ambil rasuah untuk tutup mulut.

‘Dan Sebenarnya’….mungkin orang tidak tahu, rakyat tidak tahu dan mungkin pengundi pun tidak tahu bahawa ‘Istana’ milik pemimpin Umno tersebut sebenarnya telah dibina sebelum dia (pemimpin) jadi ‘Yang Amat Berhormat’ lagi.

Waktu itu, dia (pemimpin Umno) sebagai pembangkang antara tahun 1999 – 2004. Maklumlah, waktu itu ‘wang ehsan’ banyak hasil ‘rompakan’ politik kerajaan Persekutuan atas cadangan para pemimpin Umno Terengganu.

Banyak projek-projek sekolah, jalan raya, balai raya, ‘hantu raya’ dan sebagainya yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).

Apa yang orang kata pemimpin tersebut banyak juga dapat projek-projek wang ehsan waktu itu dan sebab itulah dia kaya-raya boleh buat apa sahaja termasuk ‘Istananya’.

Oleh itu, sebagai kenal-kenalan kita di Facebook untuk menambahkan koleksi seorang pemimpin yang baru pulang dari mengerjakan Haji di Mekah dengan ini diumumkan nama pemilik banglow mewah tersebut adalah Dato’ Haji Ahmad Said al-Kijali.

TETAPI….dengar ceritanya, dia (Mat Said) jarang sangat duduk kat Istana tersebut kerana mungkin kurang selesa sebab berjawatan MB atau mungkin kerana dia banyak duduk di Istana Sri Iman, Kuala Terengganu.

Lagi pun banyak sangat cerita-cerita pelik yang Awang dengar al-kisah akan rumah banglow tersebut sejak dari pembinaan hingga siap yang penuh dengan kisah MISTERI !!!!!!

RENUNG UNTUK MENILAI….FIKIR UNTUK MEMILIH



RUMAH RAKYAT!

RUMAH RAKYAT!
Istana Zakaria di Pelabuhan Klang


Rumah Tok Guru Nik Aziz

Rumah Tok Guru Hadi Awang

Dalam kata membela bangsa, agama dan negara, sempat jugak buat rumah besar-besar, jauh daripada orang ramai, harga berjuta-juta. Macam mana nak menyelami dan memahami masalah rakyat?

Penduduk Manek Urai, janganlah terpedaya dengan taktik Umno yang akan masuk kampung, bertanyakan khabar dan memberikan sedikit sumbangan, kononnya untuk meringankan beban orang kampung. Habis PRK ni, semua mereka akan lesap. Mereka akan kembali ke rumah besar dan katil empuk mereka masing-masing.

Khir Toyo

Satu Bukti Usaha Pemimpin UMNO Membela Kekayaan Orang Melayu Bawah NEP
Monday, July 06, 2009
Read here and here and here and here for more

Bukti Ternyata Terletak di Jalan Suasa, Jalan 7/L, Section 7, SHAH ALAM

"YB Datuk Seri Khir Toyo, Duit Kau Datang Dari Mana?

A Menteri Besar earns RM576,000 per annum.
Khir Toyo would NOT have accumulated enough to foot the RM 24 MILLION bill for his palatial mansion.
"



SEBAHAGIAN BESAR PARA PEMIMPIN UMNO ADALAH SYAITAN BESAR

"...Banglo mewah kepunyaan Khir Toyo bernilai RM24 JUTA bukanlah atu perkara yang mengejutkan, malah ia menjadi satu perkara biasa bagi sebahagian besar pemimpin UMNO.

Mereka menjadikan medan politik sebagai satu kaedah mencari kekayaan dan kemewahan secara melampau.

Oleh sebab itulah setiap kali UMNO mengadakan pemilihan jawatan dalam parti bagaikan hendak runtuh satu dunia dibuatnya kerana untuk merebut jawatan. Semakin tinggi jawatan seseorang itu dalam haeriki UMNO, maka semakin besar pengaruh dan kuasanya.


Melalui kuasa, mereka boleh membuat apa sahaja yang mereka mahu. Merembat, merompak dan memfaraidkan harta rakyat semahu-mahunya untuk membuncitkan perut masing-masing.

Dengan kuasa yang mereka pegang, bukan untuk membela rakyat, tetapi untuk memperhambakan rakyat dan mereka tetap menjadi tuan. Semua badan-badan kerajaan dijadikan pencacai dan barua kepada para pemimpin UMNO jenis ini.

SPR, SPRM, PDRM, AG dan Kehakiman adalah barua terpenting kepada UMNO.

Dajal-dajal ini menjadi benteng pertahanan mempertahankan kuasa bagi membolehkan para pemimpin UMNO meragut dan merompak harta-harta rakyat dengan semahu-mahunya.

Rumah kediaman mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohamed Khir Bin Toyo dekat sini dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24 juta.



Banglo tersebut yang terletak di Jalan Suasa, Seksyen 7 dekat sini dibina diatas DUA lot tanah yang dicantumkan dan kedua-dua tanah ini berjumlah RM4 juta dengan keluasan 52,041 kaki persegi.




Tanah pertama yang bernombor HSD 22904 di lot PT 62, Seksyen 7 dengan keluasan 31,794 kaki persegi berharga sebanyak RM2.9 juta iaitu RM93 ringgit untuk satu kaki persegi yang dibeli dari sebuah syarikat Ditamas Sdn. Bhd.





Syarikat tersebut dimiliki oleh Shamsuddin Hayroni yang merupakan sahabat baik kepada Mantan Menteri Besar Selangor itu.

Namun, harga yang dibeli untuk tanah kedua yang bernombor HSD 22905 adalah lebih murah iaitu RM900,000 iaitu RM46 untuk satu kaki persegi di di lot PT 65 seksyen 7, seluas 20,427 kaki persegi.





Kedua-dua tanah ini mempunyai tempoh pajakan selama 99 tahun yang bermula sejak 20 Mac 1987 dan berakhir pada 19 Mac 2086 dan ia didaftarkan dibawah nama Mohamad Khir Toyo dan isterinya, Zahrah Kechik.

Demikian fakta yang didedahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), Sekinchan, Ng Suee Lim ketika ditemui selepas membawa pemberita meninjau banglo tersebut yang beliau sifatkan sebagai Istana Khir Toyo.

Katanya, harga rumah ini lebih kurang RM18 juta dan belum dicampurkan dengan harga perabot yang diimport sepenuh dari Bali. Jadi semuanya berharga RM20 juta dan dicampur pula dengan harga tanah yang berjumlah RM4 Juta.





Harga sebuah pintu gerbang sahaja berharga, RM290,000. Persoalannya, saya bukan ada hasad dengki atau pun iri hati kerana beliau memiliki rumah sebesar ini. Tetapi sekiranya, dia mampu dan memiliki kekayaan dari sumber yang halal, saya tiada masalah malah saya ucapakan tahniah. Apa yang saya nampak sebelum ini, dia merupakan seorang doktor gigi biasa," katanya

Apabila lapan tahun katanya, dia menjawat jawatan Menteri Besar Selangor, dia mampu untuk membina sebuah rumah sebesar itu.

"Setahu saya sebagai seorang penjawat awam, Menteri Besar Selangor tidak boleh berniaga dan tidak boleh terlibat dalam apa-apa aktiviti perniagaan termasuk semua Adun dan Speaker," katanya.

Menurut beliau, gaji Menteri Besar hanya RM48,000 yang meliputi semua elaun dan makan minum dan gaji pembantu semua ditanggung oleh Kerajaan Negeri dan ini bermakna gaji seorang menteri besar alam tempoh setahun sebanyak, RM576,000, gaji Khir Toyo sewaktu menjadi menteri besar.
Katanya, selama lapan tahun gaji keseluruhan yang beliau dapat dalam masa lapan tahun RM4.7 juta termasuk 'interest', belum tentu dapat mengumpul kekayaan sebanyak itu.

Beliau mendesak Khir Toyo beri penjelasan mengenai isu ini, daripada jumlah ini, bolehkan memiliki banglo sebesar ini. Dari mana sumber, rakyat nak tahu, sebab kerajaan negeri Selangor yang baru ini sedang mengamalkan dasar ketelusan.

Dalam sidang media yang sama, beliau ditanya adakah beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), katanya, tidak perlu membuat laporan di SPRM.

"Saya tak perlu lapor sebab secara peribadi saya tidak berapa yakin dengan keberkesanan dan peranan badan itu dan apa yang saya nampak sebelum ini banyak mengecewakan. Biar rakyat yang memutuskan, terpulang kepada budi bicara SPRM untuk menyiasat atau tidak," katanya.

Ingatkan satu, tapi DUA rupa nya rumah bekas menteri besar selangor neh.. WOW.. err betul ke?